Haiii....saya zaMann of moDeen..zaMann's PaGe

   
Home Page
Biodata
Galeri Foto / Photo Gallery
al-Kisah 1001 Siang Malam
Macam-Macam Hal
Lelaki vs Pompuan

Ntah Apa-Apa

Kisah Seram Mengharukan
Kisah Biskut & PomPuan
Free Download
Promosi Jualan...best!!
Meisia Yang KuSayang      
Mutated Vegetables
Special Complaint
ooOOhh Titanic
The Truth About Cats & Dogs
The Fun Letter
I LoVe YoU !
KebesaranNya 
Men Problem ?
Power of a Women 
Beauty Tips  
Puisi Wanita Berambut Nipis
Malang SiMalim
Manusia & Kentotnya   
Pantun Orang Malas Solat!!
Funny Contemplation  
Midnight Caller   
Why Men Need Insurance ?
Love Dress 
5 Lessons For Life 
Husband and Wife
Kisah Kapalterbang  
Anak Derhaka 
Untuk Bakal Pengantin Saja (18SX)  
Love Attitude  
Perkataan SeErti  
Old Mother
Check Your Email, Urgent !
Hotlink KengKawan Cyber
Dan Lain-Lain lagi... :-)
     
zaMann@melayu.net
  
  
    
      

MIDNIGHT CALLER?
citer benar dari email.....

Malam tu Ajis kena shif malam. Kamal demam, MC. Memandangkan Ajis biasa berceloteh sebelah siang, waktu ni dia 'blank' sikit. Lagu 'Kuch-kuch Hotta-hai' dah nak habis, takkan nak terus lagu lagi, Ajis dah tak ada idea nak goreng. Tiba-tiba ada line telefon blinking.

"Helo-helo ye!" Siapa disana? "Layan phone call pun elok juga malam-malam camni boleh hilangkan ngantuk".
"Ni radio semilan ke?" Suara wanita dalam lingkungan dua puluhan dihujung talian.
"ya! ya! Anda sedang keudara sekarang".
"Nama saya Wati, ni abang Ajis ke ni?".
"Iye, Cik Wati, abang Kamal tak dapat ke udara malam ni kuch-kuch deman-he! Ajis buat lawak hindustan.
"Kesian, bang Ajis, Wati ada cerita ni, tiga malam lepas kita orang on the way nak balik kampung, mak,ayah dan adik Wati. Kira packlah satu kancil Wati ni..."
"Lepas tu?".
"....masa kitaorang lalu kat batu lapan belas ada satu lori balak dok terhegeh-hegeh panjat bukit".
"Biasalah tu Cik Wati, kena pulak time malam-malam macam tu banyak le kenderaan merayap-rayap dilebuhraya".
"Ni nak dengar cerita ke tak nak ni?".
"Sori! Sori! You can kontiniu".
"Kan dah lupa kat mana cerita tadi. Aaaa! Okey! Lori balak tu rasanya kalau Wati follow aje mahu berjelir dibuatnya, so Wati buat keputusan untuk potong aje. Wati pun apa lagi.Keta kancil Wati bawa mencicit macam lipas kudung memotong lipan lembab!".
"Tu memotong tu kat belah kanan ke kiri?" Ajis menyampuk lagi.
"Kat kanan la bang oiii! Tak sekolah mandu ke? So, Wati pecut naik bukit nak potong lori balak tu, tapi rasanya macam berjam lamanya, punyalah panjang lori balak tu! Press punya press.... sekali ada lampu terang-menderang menyuluh dari depan keta kitaorang. Punyalah laju datang dari belakang bukit. Apa lagi....Wati pulas stering ke kanan dan isk....ishk....ishk.... ....ishk...."

"Wati?!......Wati?!.....
"Ishk......ishk....sampai sekarang takde pun orang perasan, dah tiga hari tiga malam kitaorang kat bawah gaung ni, ishk...ishk....?

 Tuutt....

Ajis sengaja memutuskan talian telefon. Minah ni nampaknya nak kelentong orang kalau dah jatuh gaung macam mana boleh telefon lagi. Ajis terus putarkan lagu happy untuk menceriakan kembali rancangan malam tu.

Keesokkan harinya, sebuah kereta kancil bersama penumpang yang terdiri daripada sepasang orang tua, seorang kanak-kanak serta seorang pemandu wanita awal dua puluhan dijumpai didasar sebuah gaung di Batu Lapan Belas Karak. Polis mengesahkan kereta itu dipercayai terbabas pada sebelah malam tiga hari yang lalu dan kesemua mangsa terkorban.

Terdapat sebuah telefon kecemasan tidak jauh dari situ yang hanya berfungsi untuk panggilan kecemasan petugas lebuhraya sahaja, dengan ganggangnya tidak diletakkan dengan betul.

Usaha mencari mangsa bermula daripada rasa ingin tahu beberapa  pertugas lebuhraya yang mengikuti radio pada malam sebelumnya, apabila D.J Ajis melayan pemanggil bernama Wati mangsa kemalangan tersebut........