Kisah ini berlaku di sebuah
perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973. Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada
penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.
Kisah berlaku di sebuah Pekan yang
bernama Kampung Pulau Tawar , ... Jerantut. Seorang lelaki yang bernama Omar ( nama
sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut ) . Omar adalah seorang bomoh
di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap
kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik , beliau akan berjaya .
Satu hari diwaktu senja ada seorang
budak melalui rumah Omar (budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini ) . Salleh terdengar
seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya
sebelum ini. Salleh cuba mengendap dari celah lubang dinding yang agak usang . Beliau
melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin . Oleh kerana lubang tersebut agak kecil
Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut . Salleh cuba mencari lubang yang agak
besar . Akhir nya dia ketemu,dia mengintai dan melihat bayangan pada cermin tersebut bukan
lah Omar tetapi sebatang tubuh yang sungguh ngeri wajah nya . Mata nya kelihatan tersembul
dan pipi nya kelihatan berlubang . Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang
berwarna coklat seperti warna tanah . Tiba -tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti
memandang kearahnya . Bulu romanya meremang . Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan
diri . Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya
.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu dia sudah lama mengetahui perihal Omar .
Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaanya untuk merasuk orang dan
apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut . Dengan cara
ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya .Bapanya berkata
dia hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.
Pada malam tersebut Salleh berasa
seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah.Mungkin kerana terkejutkan
peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu, kata hatinya . Selepas makan
Salleh terus masuk tidur . Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau
bangkai di dalam biliknya . Dia cuba membuka mata nya tetapi berasa amat berat sekali .
Salleh pun cuba bertempik untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja
. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya . Akhirnya beliau dapat berteriak memanggil
bapanya. Kemudian beliau pengsan . Apabila dia membuka matanya dia dapati rumahnya penuh
dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia melihat bapanya menghampiri nya
sambil terseyum dan berkata sabar segalanya telah berakhir . Dia kembali terlelap.
Pagi besok nya apabila dia sedar
dia melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid
. Dia menanya bapanya apa yang berlaku .Bapanya menjawap nanti dia akan ceritakan. sebelum
itu kita pergi menziarahi kubur Omar . Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan
persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.
Setelah segalanya selesai dia pun
mengikuti bapanya . Sesampai ditanah perkuburan dia melihat orang sedang mengali kubur .
Tiba - tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik ..aper ni !!! . Salleh berlari
untuk melihat tetapi dihalang oleh bapanya dia cuma melihat dari jarak kaki dari kubur
tesebut . Dia melihat orang - orang dewasa seperti mengangkat sesuatu . Melihat dari memek
muka mereka dia berpendapat tentu benda tersebut besar .Kemudian tersembul sejenis benda
yang kelihatan seperti UBI yang sangat besar.
^^^^^^^^^^^^^^^^^....................^^^^^^^^^^
jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut boleh lah menghubungi saya di talian bebas tol
seperti dibawah;
603-5111055-238
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus
Penghantaran akan dibuat kepada
kawasan di Lembah Kelang sahaja . Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.
UBI......UBI...SAPER NAK BELI
UBIIIII.....hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... aku pun kena jugak.. Jangan
nangis dah laaaaaa.... Aku pun kena gak.. Hampeh !!!!!!!