Di sebuah kampung
yang diberi nama Kg. Kuali Lebam Sebatang.... tinggallah seorang janda beranak
satu...Senah namanya. Anaknya nak kata budak tidak...nak kata tua pun tidak
tapi perangai...masyaalah! ngalah kan setan aprait.... Mereka hidup takler
senang...hidupnya kais pagi makan pagi...kais petang makan petang.
Nama anak Si senah
nie orang panggil Dak Atan... SiAtan nie kurang ajar orangnya....hobi utama
dia lumba motor haram....oleh sebab perangainya tak serupa orang .maka
maknyapun tak kuasa nak layan kerenah anaknya tuh! nak dijadikan cerita....
Suatu hari tuh Atan
teringinkan sebuah motor...selama nih pun kalau Si Atan teringin nak
ber-racing dia pinjam dari kekawannya...tapi kali nih dia tak berpeluang lagi
disebabkan kawannya dah serik pinjamkan motor kat dia...maklumlah ganas dan
gelojoh dan rakus sangat. so, dia paksa ler maknya belikan sebuah motor yang
canggih!!!
dengan kurang ajarnya
Atan berkata " oii! kau!! aku nak motor" . Dengan lemah maknya jawab
" mana aku nak cekau duit Atan oii?" Atan bengang lalu dengan
biadapnya Atan berkata lagi" Aku tak kira orang tua!!! kalau aku kata aku
nak...aku naklah!!! besok aku nak tengok motor tuh dah ada depan mata aku..
FAHAM????"
maka keesokkan
harinya tersedialah motor tuh utk SiAtan...sebulan selepas tuh... Senah
teringin nak minum air teh BOH.. Disuruh anaknya belikan serbuk teh
tu....Dengan angkuhnya Atan melenting...........
Atan: Apa ???
ko nak aku belikan teh semata2 untuk ko, dengan naik motor aku yg canggih
nih?? mana boleh!!! Tak glamour!!!!
Mak: tak pe
kalau ko tak nak tolong aku !!
Dengan sedih Senah
menahan sabar...Lepas tuh Atanpun blah ngan motornya ((pergi Racing)) ...
Nasib Atan agak
malang..dia mati katak dlm kemalangan ketika berlumba ((padan muka)) ...maka
mayatnya pun dikebumikan dengan selamat... semua sanak saudara sedih atas
kematian Atan kecuali emaknya....
Kemudian ketika orang
menyiram air mawar di pusara Atan..maknya enggan menyiram pusaranya ngan air
mawar.. tetapi maknya menggunakan air TEH.......lalu... maknya berkata
"kerana teh la anak aku mati..."
Sedang maknya sibuk
menyiram...tetiba...kubur Atan merekah..maka semua yang ada disitu lari
lintang pukang ..tak cukup tanah kecuali Senah..(.emaknya) lepas tuh....atan
keluar dari kubur dan bertentang mata dgn maknya.. Lalu dengan tak semena2
mulut Atan bergerak dan berkata dengan lantang.........
"
"
"
"
"
"
"
"
"
teh BOH ada UMMMPPHHHH !!!!!!
SEKIAN.......al kisahhhhh..